Umdatul Ahkam” – Siri 35 – Bab Imam (Tanggungjawab Makmum) – Hadis No. 79-81
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

31 DISEMBER 2013 | SELASA | Selepas Isyak
Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

٧٩ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : أَمَا يَخْشَى الَّذِيْ يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يُحَوِّلَ اللهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارِِ، أَوْ يَجْعَلَ اللهُ صُوْرَتَهُ صُوْرَةَ حِمَارِِ

79. Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia meriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda, “Apakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam itu tidak khuatir Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai atau Allah akan membuat mukanya menjadi muka keldai?”

[HR. Muslim dalam as-Solat (427)]

٨٠ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوْا عَلَيْهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوْا وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُوْلُوْا : اللهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوْا، وَإِذَا صَلَّى جَالِسََا فَصَلُّوْا جُلُوسََا أَجْمَعُوْنَ

80. Daripada riwayat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia juga meriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa baginda bersabda, “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka, janganlah kalian menyelisihinya. Jika imam bertakbir, maka bertakbirlah. Jika imam rukuk, maka rukuklah. Jika imam mengucapkan, ‘Sami’allahu liman hamidah (Allah mendengar orang yang memuji-Nya)’, ucapkanlah, ‘Allahumma rabbana wa lakal hamd (Duhai Tuhan kami, segala puji untuk-Mu)’. Jika imam sujud, maka sujudlah. Jika imam mengerjakan solat dengan duduk, maka solatlah kalian semua dengan duduk.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (691)]

٨١ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فِيْ بَيْتِهِ وَهُوَ شَاكِِ، فَصَلَّى جَالِسََا وَصَلَّى وَرَاءَهُ قَوْمُُ قِيَامََا فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ : أَنِ اجْلِسُوْا، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : إِنَّمَ جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوْا، وَإِذَا رَفَعَ وَارْفَعُوْا، وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، فَقُوْلُوْا : رَبَّنَ وَلَكَ الْحَمْدُ، وَإِذَا صَلَّى جَالِسََا فَصَلُّوْا جُلُوْسََا أَجْمَعُوْنَ

81. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat di rumahnya ketika baginda sedang sakit. Nabi mengerjakan solat dengan duduk. Ada beberapa orang mengerjakan solat di belakang baginda dengan berdiri, Nabi lantas memberi isyarat kepada mereka supaya duduk.

Setelah selesai, baginda bersabda, “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. Jika imam rukuk, maka rukuklah. Jika imam bangkit (dari rukuk), maka bangkitlah. Jika imam mengucapkan, ‘Sami’allahu liman hamidah (Allah mendengar orang yang memuji-Nya’, maka ucapkanlah, ‘Rabbana wa lakal hamd (Duhai Tuhan kami, segala puji untuk-Mu)’. Jika imam mengerjakan solat dengan duduk, maka solatlah kalian semua dengan duduk.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (688)]

Teks Hadis & Video Penuh : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-35/

SEGMEN PILIHAN

– Hubungan di antara Imam & Makmum : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-hubungan-di-antara-imam-makmum/

– Larangan untuk Makmum Mendahului Imam : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-larangan-untuk-makmum-mendahului-imam/

– Perbezaan Niat Tidak Menghalang Makmum untuk Mengikuti Imam : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-perbezaan-niat-tidak-menghalang-makmum-untuk-mengikuti-imam/

– Imam Sakit? Tak Perlu Ganti Imam Lain : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-imam-sakit-tak-perlu-ganti-imam-lain/

– Makmum Solat Qasar, Imam Solat Tamam : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-makmum-solat-qasar-imam-solat-tamam/

– Kucing, Cicak, Lipas & Tikus Bukan Najis : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-kucing-cicak-lipas-tikus-bukan-najis/

– Ada 2-3 Imam di Surau R&R : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-ada-2-3-imam-di-surau-rr/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom