USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi
Siri 36 – Bab Imam (Tanggungjawab Makmum & Imam) – Hadis No. 81-85

TARIKH : Selasa (7 Januari 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

٨١ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فِيْ بَيْتِهِ وَهُوَ شَاكِِ، فَصَلَّى جَالِسََا وَصَلَّى وَرَاءَهُ قَوْمُُ قِيَامََا فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ : أَنِ اجْلِسُوْا، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : إِنَّمَ جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوْا، وَإِذَا رَفَعَ وَارْفَعُوْا، وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، فَقُوْلُوْا : رَبَّنَ وَلَكَ الْحَمْدُ، وَإِذَا صَلَّى جَالِسََا فَصَلُّوْا جُلُوْسََا أَجْمَعُوْنَ

81. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat di rumahnya ketika baginda sedang sakit. Nabi mengerjakan solat dengan duduk. Ada beberapa orang mengerjakan solat di belakang baginda dengan berdiri, Nabi lantas memberi isyarat kepada mereka supaya duduk.

Setelah selesai, baginda bersabda, “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. Jika imam rukuk, maka rukuklah. Jika imam bangkit (dari rukuk), maka bangkitlah. Jika imam mengucapkan, ‘Sami’allahu liman hamidah (Allah mendengar orang yang memuji-Nya’, maka ucapkanlah, ‘Rabbana wa lakal hamd (Duhai Tuhan kami, segala puji untuk-Mu)’. Jika imam mengerjakan solat dengan duduk, maka solatlah kalian semua dengan duduk.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (688)]

٨٢ – عَنْ عَبدِ اللهِ بْنِ يَزِيْدَ الْخَطْمِيِّ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ : حَدَّثَنِيْ الْبَرَاءُ -وَهُوَ غَيْرُ كَذُوْبِِ- قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إذَا قَالَ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، لَمْ يَحْنِ أَحَدُُ مِنَّا ظَهْرَهُ حَتَّى يَقَعَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم سَاجِدََا ثُمَّ نَقَعُ سُجُوْدََا بَعْدَهُ

82. Abdullah bin Yazid al-Khathmi al-Anshari radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa al-Bara’ bin ‘Azib menyampaikan hadis kepadanya. Al-Bara’ bukanlah seorang pendusta. Al-Bara’ mengatakan, “Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan, ‘Sami’allahu liman hamidah’, maka tidak ada seorang pun daripada kami yang membongkokkan punggungnya sehinggalah Rasulullah sujud. Setelah itu, baru kami sujud.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (690)]

٨٣ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : إِذَا أَمَّنَ الْإِمَامُ فَأَمِّنُوْ١، فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِيْنَ الْمَلَائِكَةِ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

83. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika imam mengucapkan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang (mengucapkan ‘Amin’) serentak dengan ucapan ‘Amin’ para malaikat, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampuni.”

[HR. Nasaai dalam al-Iftitah (919), Bukhari dalam al-Azan (780)]

٨٤ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ، فَإِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِيْمَ وَذَا الْحَاجَةِ، وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَلْيُطَوِّلْ مَا شَاءَ

84. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian mengimami orang ramai, maka ringankanlah (solatmu) kerana di antara mereka ada orang yang lemah, sakit dan mereka yang mempunyai urusan. Jika salah seorang di antara kalian mengerjakan solat bersendirian, bolehlah dia memanjangkan (solatnya) mengikut kehendaknya.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (703)]

٨٥ – عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدِِ الْأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : جَاءَ رَجُلُُ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فَقَالَ : إِنِّيْ لَأَتَأَخَّرُ عَنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ أَجْلِ فُلَانِِ مِمَّا يُطِيْلُ بِنَا فِيْهَا، قَالَ : فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم غَضِبَ فِيْ مَوْعِظَةِِ قَطُّ أَشَدَّ مِمَّا غَضِبَ يَوْمَئِذِِ، فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ مِنْكُمْ مُنَفِّرِيْنَ، فَأَيُّكُمْ أَمَّ النَّاسَ فَلْيُوْجِزْ، فَإِنَّ مِنْ وَرَاءهِ الْكَبِيْرَ وَالصَّغِيْرَ وَذَا الْحَاجَةِ

85. Abu Mas’ud al-Anshari al-Badri radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘anhu wa sallam lalu berkata, “Sesungguhnya aku melewatkan solat Subuh kerana imam memanjangkan solatnya ke atas kami.”

Abu Mas’ud mengatakan, “Belum pernah aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam marah tatkala memberikan nasihat yang lebih keras daripada marah baginda ketika itu.”

Nabi lantas bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya ada di antara kalian yang membuat orang lain lari (dari dakwah). Sesiapa mengimami orang ramaim hendaknya dia meringkaskan (solatnya) kerana sesungguhnya di belakangnya ada orang yang tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai urusan.”

[HR. Muslim dalam as-Solat (466)]

Teks Hadis & Video Penuh : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-36/

SEGMEN PILIHAN

– Ucapan Ketika Iktidal : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-ucapan-ketika-iktidal/

– Dibolehkan Memberi Isyarat Ketika Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-dibolehkan-memberi-isyarat-ketika-solat/

– Keutamaan Mengikut Imam Menggugurkan Beberapa Kewajipan Lain : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-keutamaan-mengikut-imam-menggugurkan-beberapa-kewajipan-lain/

– Tuntutan Tamakninah Ketika Iktidal : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-tuntutan-tamakninah-ketika-iktidal/

– Bagaimana Makmum Mengucapkan Amin? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-bagaimana-makmum-mengucapkan-amin/

– Imam Perlu Meraikan Keadaan Makmum, Jangan Baca Panjang Sangat! : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-imam-perlu-meraikan-keadaan-makmum-jangan-baca-panjang-sangat/

– Imam Solat Terlebih Rakaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-imam-solat-terlebih-rakaat/

– Imam Solat Tidak Ikut Sunnah, Adakah Kita Perlu Ikut Juga? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-imam-solat-tidak-ikut-sunnah-adakah-kita-perlu-ikut-juga/

– Khusyuk Sehingga Tidak Menyedari Keadaan Sekeliling : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-khusyuk-sehingga-tidak-menyedari-keadaan-sekeliling/

– Mendirikan Jemaah Kedua di Masjid : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-mendirikan-jemaah-kedua-di-masjid/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom