USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi
Siri 37 – Bab Sifat Solat Nabi – Hadis No. 86-87

TARIKH : Selasa (21 Januari 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

٨٦ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إِذَا كَبَّرَ فِيْ الصَّلَاةِ سَكَتَ هُنَيْهَةََ قَبْلَ أَنْ يَقْرَأَ، فَقُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ، بِأَبِيْ أَنْتَ وَأُمِّيْ أَرَأَيْتَ سُكُْتَكَ بَيْنَ التَّكْبِيْرِ، وَالْقِرَاءَةِ، مَا تَقُوْلُ؟ قَالَ : أَقُوْلُ : اللهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللهُمَّ نَقِّنِيْ مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يَنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ والثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

86. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bertakbir, maka bagina akan diam sejenak sebelum membaca (Al-Fatihah). Abu Hurairah lantas berkata, “Wahai Rasulullah, bapa dan ibuku sebagai tebusanmu. Beritahukanlah (kepadaku) tentang diammu di antara takbir dan membaca (Al-Fatihah), apakah yang engkau ucapkan?”

Nabi menjawab bahawa baginda mengucapkan, “Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dan kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahan-kesalahanku sebagaimana baju putih dibersihkan daripada kotoran. Ya Allah, cucilah aku daripada dosa-dosaku dengan air, salji dan embun.”

[HR. Muslim dalam Al-Masajid (598)]

٨٧ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكبِيْرِ وَالْقِرَاءَةِ بِ (الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ) وَكَانَ إِذَا رَكَعَ لَمْ يُشْخِصْ رَأَسَهُ وَلَمْ يُصَوِّبْهُ وَلَكِنْ بَيْنَ ذَلِكَ، وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَاعِمََا، وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ السَجْدَةِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَاعِدََا، وَكَانَ يَقُوْلُ فِيْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ التَّحِيَّةَ، وَكَانَ يَفْرِشُ رِجْلَهُ الْيُسْرَإ وَيَنْصِبُ رِجْلَهُ الْيُمْنَى، وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقْبَةِ الشَّيْطَانِ وَيَنْهَى أَنْ يَفْتَرِشَ الرَّجُلُ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ السَّبُعِ، وَكَانَ يَخْتِمُ الصَّلَاةَ بِالتَّسْلِيْمِ

87. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan membuka solatnya dengan takbir dan membaca, “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam)”. Jika rukuk, baginda tidak mengangkat kepalanya dan tidak pula menundukkannya akan tetapi di antara keduanya. Jika baginda mengangkat kepalanya setelah rukuk, baginda tidak akan sujud sebelum berdiri dengan tegak.

Jika baginda telah mengangkat kepalanya setelah sujud, baginda tidak akan sujud sebelum duduk dengan tegak. Pada setiap dua rakaat, baginda membaca, “At-Tahiyyat”. Baginda hamparkan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya. Baginda melarang cara duduk syaitan dan juga melarang seseorang menghamparkan kedua lengannya seperti duduknya binatang buas. Baginda mengakhiri solatnya dengan salam.

[HR. Muslim dalam as-Solat (498)]

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-37/

SEGMEN PILIHAN

– Mengikuti Cara Solat Nabi Satu Kewajipan : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-mengikuti-cara-solat-nabi-satu-kewajipan/

– Doa Iftitah Memohon Dijauhkan Daripada Dosa : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-doa-iftitah-memohon-dijauhkan-daripada-dosa/

– Cinta Ibu Bapa vs Cinta Rasulullah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-cinta-ibu-bapa-vs-cinta-rasulullah/

– Ada 12 Jenis Bacaan Doa Iftitah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-ada-12-jenis-bacaan-doa-iftitah/

– Jangan Solat Menyerupai Haiwan atau Syaitan : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-jangan-solat-menyerupai-haiwan-atau-syaitan/

– Cara Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyat Awal & Akhir Menurut Mazhab : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-cara-duduk-antara-2-sujud-tahiyat-awal-akhir-menurut-mazhab/

– Bagaimana Rasulullah Mengakhiri Solat dengan Salam? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-bagaimana-rasulullah-mengakhiri-solat-dengan-salam/

– Bolehkah Membengkokkan Tangan Ketika Rukuk? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-bolehkah-membengkokkan-tangan-ketika-rukuk/

– Solat dengan Pakaian Terkena Darah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-solat-dengan-pakaian-terkena-darah/

– Doa Iftitah Sunnah atau Wajib? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-doa-iftitah-sunnah-atau-wajib/

– Nak Beramal Ikut Nabi atau Ikut Imam? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-nak-beramal-ikut-nabi-atau-ikut-imam/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom