USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 39 – Bab Sifat Solat Nabi – Hadis No. 92-96

TARIKH : Selasa (18 Februari 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

٩٢ – عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبِِ رضي الله عنهما قَالَ : رَمَقْتُ الصَّلَاةَ مَعَ مُحَمَّدِِ صلّى الله عليه وسلّم فَوَجَدْتُ قِيَامهُ فَرَكْعَتَهُ فَاعْتِدَالَهُ بَعْدَ رُكُوْعِهِ فَسَجْدَتَهُ فَجَلْسَتَهُ بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ فَسَجْدَتَهُ فَجَلْسَتَهُ بَيْنَ التَّسْلِيْمِ وَالْإِنْصِرَافِ قَرِيْبََا مِنَ السَّوَاءِ

وَفِيْ رِوَايَةِ الْبُخَارِيِّ : مَا خَلَا الْقِيَامَ وَالْقُعُوْدَ قَرِيْبََا مِنَ السَّوَاءِ

92. Al-Bara’ bin Azib radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Aku pernah memerhatikan solat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku dapati ternyata tempoh berdiri, rukuk, iktidal setelah rukuk, sujud awal, duduk di antara dua sujud, sujud kedua, dan duduk antara salam dan bangkit (setelah solat selesai) ternyata hampir sama lamanya.

Dalam riwayat Imam Bukhari dikatakan, “Selain berdiri dan duduk (tasyahud) itu tempohnya hampir sama.”

[HR. Muslim dalam As-Solat (471), Bukhari dalam Al-Azan (792)]

٩٣ – عَنْ ثَابِتِِ الْبُنَانِيْ، عَنْ أَنَشِ بْنِ مَالِكِِ رضي الله عنه قَالَ : إِنِّي لَا آلُوْ أُصَلِّيَ بِكُمْ كَمَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَصَلِّي بِنَا – قَالَ ثَابِتُُ :- فَكَانَ أَنَسُُ يَصْنَعُ شَيْئََا لَا أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَهُ، كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ، انْتَصَبَ قَائِمََا، حَتَّى يَقُوْلُ الْقَائِلُ : قَدْ نَسِيَ، وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ السَّجْدَةِ مَكَثَ حَتَّى يَقُوْلُ الْقَائِلُ : قَدْ نَسِيَ

93. Daripada Tsabit bin Al-Bunani, dia meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Dia berkata, “Sesungguhnya aku tidak akan mengurangi (solat ketika) mengimami kalian sebagaimana ketika Rasulullah mengimami kami.”

Tsabit mengatakan, “Anas telah melakukan sesuatu yang aku lihat kalian tidak melakukannya. Apabila mengangkat kepala dari rukuk, dia berdiri tegak, sehingga ada yang berkata, ‘dia telah lupa’. Jika mengangkat kepala dari sujud, dia akan duduk, sehingga ada yang berkata, ‘dia telah lupa’.

[HR. Muslim dalam As-Solat (472)]

٩٤ – عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِِ رضي الله عنه قَالَ : مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامِِ قَطُّ أَخَفَّ صَلَاةََ، وَلَا أَتَمَّ صَلَاةََ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم

94. Anas bin Malik radhiyallahu juga mengatakan, “Aku belum pernah mengerjakan solat di belakang imam yang solatnya lebih ringkas dan lebih sempurna daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

[HR. Muslim dalam As-Solat (469)]

٩٥ – عَنْ أَبِيْ قِلَابَةَ -عَبْدِ اللهِ بْنِ زَيْدِِ- الْجَرْمِيِّ الْبَصْرِيِّ قَالَ : جَاءَنَا مَالِكُ بْنُ الْحُوَيْرِثِ فِيْ مَسْجِدِنَا هَذَا فَقَالَ : إِنِّيْ لَأُصَلِّي بِكُمْ وَمَا أُرِيْدُ الصَّلَاةَ أُصَلِّي [كَيْفَ رَأَيْتُ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يُصَلِّي، فَقُلْتُ لأَبِيْ قَلَابَةَ : كَيْفَ كَانَ يُصَلِّي؟] قَالَ : مِثْلَ صَلَاةِ شَيْخِنَا هَذَا، وَكَانَ يَجْلِسُ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُوْدِ قَبْلَ أَنْ يَنْهَضَ فِيْ الرَّكْعَةِ الْأُوْلَى. أَرَادَ بِشَيْخِهِمْ : أبَا بَرِيْدِِ، عَمرََو بْنَ سَلَمَةَ الْجَرْمِيِّ، وَيُقَالُ أَبُوْ يَزِيْدَ

95. Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al-Jarmi Al-Basri mengatakan bahawa Malik bin Al-Huwairits mendatangi kami di masjid, lalu berkata, “Sesungguhnya aku ingin mengerjakan solat (sebagai contoh) untuk kalian meskipun aku tidak ingin mengerjakan solat. [Aku mengerjakan solat sebagaimana solat Rasulullah yang pernah kulihat.]

Ayub bertanya kepada Abu Qilabah, “Bagaimana Malik mengerjakan solat?”

Abu Qilabah menjawab, “Seperti solat syaikh kami ini. Beliau duduk ketika mengangkat kepalanya setelah sujud sebelum beliau bangkit dari rakaat pertama.”

Yang dimaksudkan Abu Qilabah, “Syaikh kami…” adalah Abu Buraid Amr bin Salamah Al-Jarmi. Beliau juga dipanggil dengan Abu Yazid.

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (677)]

٩٦ – عَنْ عَبْدِ اللِ بْنِ مَالِكِِ -ابْنُ بُحَيْنَةَ- رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صى الله عليه وسلّم كَانَ إِذَا صَلَّى فَرَّجَ بَيْنَ يَدَيْهِ حَتَّى يَبْدُوَ بَيَاضُ إِبْطِيْهِ

96. Abdullah bin Malik bin Buhainah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika mengerjakan solat, beliau merenggangkan kedua tangannya sehingga tampak kedua ketiaknya.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (390)]

Video Penuh & Teks Al-Quran : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-39/

SEGMEN PILIHAN

– Kewajipan Tamakninah : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-kewajipan-tamakninah/

– Cara Solat Rasulullah Ringkas & Sempurna : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-cara-solat-rasulullah-ringkas-sempurna/

– Anjuran Duduk Istirehat Sebelum Berdiri untuk Rakaat Seterusnya : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-anjuran-duduk-istirehat-sebelum-berdiri-untuk-rakaat-seterusnya/

– Tangan Diangkat & Direnggangkan Ketika Sujud : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-tangan-diangkat-direnggangkan-ketika-sujud/

– Perbezaan Cara Solat antara Lelaki & Perempuan : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-perbezaan-cara-solat-antara-lelaki-perempuan/

– Wanita Boleh Mengumandangkan Azan & Iqamat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-wanita-boleh-mengumandangkan-azan-iqamat/

– Genggam Tangan Ketika Bangun dari Sujud : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-genggam-tangan-ketika-bangun-dari-sujud/

– Memanjangkan Bacaan Takbir dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-memanjangkan-bacaan-takbir-dalam-solat/

– Memanjangkan Sujud untuk Berdoa : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-memanjangkan-sujud-untuk-berdoa/

– Hukum Memakai Pakaian Bergambar : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-hukum-memakai-pakaian-bergambar/

– Pernah Mencuri Barang, Tapi Dah Tak Jumpa Pemilik Barang Itu : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-pernah-mencuri-barang-tapi-dah-tak-jumpa-pemilik-barang-itu/

– Barang yang Tiada Pemilik, Adakah Kita Boleh Ambil? : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-barang-yang-tiada-pemilik-adakah-kita-boleh-ambil/

– Curi Rasa Makanan di Supermarket : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-curi-rasa-makanan-di-supermarket/

– Hukum Makan & Minum Berdiri : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-hukum-makan-minum-berdiri/

– Hukum Pakai Baju Cap Pagoda : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-hukum-pakai-baju-cap-pagoda/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom