USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 44 – Bab Sujud Sahwi – Hadis No. 110-111

TARIKH : Selasa (15 Jamadil Akhir 1435H / 15 April 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

١١٠ – عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيْرِيْنَ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : صَلَّى بِنَا رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إِحْدَى صَلَاتِيْ الْعَشِيِّ – قَالَ ابْنُ سِيْرِيْنَ : وَسَمَّاهَا أَبُوْ هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيْتُ أَنَا – قَالَ : فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ، فَقَامَ إِلَى خَشَبَةِِ مَعْرُوْضَةِِ فِيْ الْمَسْجِدِ، فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّهُ غَضْبَانُ، وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى، وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ، وَوَضَعَ خَدَّهُ الْأَيْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى – وَخَرَجَتِ السُّرْعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ، فَقَالُوْا : قُصِرَةِ الصَّلَاةُ؟ وَفِيْ الْقَوْمِ أَبُوْ بَكْرِِ وَعُمَرُ، فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ – وَفِيْ الْقَوْمِ رَجُلُُ فِيْ يَدَيْهِ طُوْلُُ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ، قَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَنَسِيْتَ أَمْ قُصِرَةِ الصَّلَاة؟ قَالَ : لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ، فَقَالَ : أَكَمَا يَقُوْلُ ذُوْ الْيَدَيْنِ؟ قَالُوْا : نَعَمْ، فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ، ثُمَّ ّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُوْدِهِ أَوْ أَطْوَلَ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَكَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُوْدِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ، فَرُبَّمَا سَأَلُوْهُ : ثُمَّ سَلَّمَ. قَالَ : فَنُبِّئْتَ : أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنِِ قَالَ : ثُمَّ سَلَّمَ.

الْعَشِيُّ : مَا بَيْنَ زَوَالِ الشَمْسِ إِلَى غُرُوْبِهَا، قَالَ اللهُ تَعَالى : (وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ) (الْمُؤْمِنُ : ٥٥)

110. Muhammad bin Sirin meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Dia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami pada salah satu solat ‘Asyiy.

Ibnu Sirin mengatakan, “Yang menamakan demikian itu adalah Abu Hurairah akan tetapi aku sudah lupa.”

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami para Sahabat dengan dua rakaat, lantas baginda salam. Baginda lantas bangun dan menuju kayu yang terpacak di masjid dan bersandar padanya, seolah-olah baginda sedang marah. Baginda meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan menjalin jari-jemarinya. Baginda meletakkan pipi kanan di atas bahagian atas telapak tangan kiri.

Mereka yang ingin bergegas pun keluar melalui pintu masjid. Mereka berkata, “Apakah solat tadi di-qasar?” Padahal di antara mereka terdapat Abu Bakar dan Umar, namun keduanya takut berbicara kepada Nabi (kerana mengagungkan baginda).

Di antara mereka ada seorang yang memiliki tangan yang agak panjang yang diberi jolokan Zulyadain. Dia lantas berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau telah lupa atau solat memang di-qasar?”

Nabi bersabda, “Aku tidak lupa dan ia tidak diqasarkan.”

Nabi bertanya, “Apakah benar yang dikatakan oleh Zulyadain?” “Ya”, jawab para Sahabat.

Nabi lantas maju dan mengerjakan apa yang baginda tertinggal kemudian salam. Setelah itu, baginda bertakbir dan sujud seperti biasanya atau lebih lama. Baginda lantas mengangkat kepalanya dan bertakbir, kemudian sujud seperti biasanya atau lebih lama, kemudian mengangkat kepala dan bertakbir. Orang-orang bertanya kepada Ibnu Sirin, “Apakah Nabi lantas salam?”

Ibnu Sirin menjawab, “Aku telah diberitahu bahawa Imran bin Husain mengatakan, ‘Nabi kemudian salam.'”

Al-‘Asyiy adalah waktu daripada matahari condong hingga terbenam. Allah ta’ala berfirman, “…Bertasbihlah seraya memuji Rabb-mu pada waktu petang dan pagi.” (QS. Al-Mukmin: 55)

[HR. Bukhari dalam As-Solat (482)]

١١١ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُحَيْنَةَ – وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم – أَنَّ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم صَلّى بِهِمُ الظُّهْرَ، فَقَامَ فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ وَلَمْ وَجْلِسْ فَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ حَتَّى إِذَا قَضَى الصَّلَاةَ، وَانْتَظَرَ النَّاسُ تَسْلِيْمَهُ، كَبَّرَ -وَهُوَ جَالِسُُ- فَسَجَدَ سَجَدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ ثُمَّ سَلَّمَ.

111. Abdullah bin Buhainah (beliau adalah seorang Sahabat), menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami para Sahabat solat Zohor. Tatkala rakaat yang kedua, baginda berdiri dan tidak duduk (tasyahud awal). Orang-orang pun berdiri bersama baginda. Tatkala Nabi hampir selesai solat dan para Sahabat menunggu-nunggu salam baginda, baginda bertakbir dalam keadaan duduk. Baginda sujud dua kali sebelum salam. Setelah itu, baginda salam.

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (829)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-44/

SEGMEN PILIHAN

– Nabi Pernah Terlupa dalam Solatnya : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-nabi-pernah-terlupa-dalam-solatnya/

– 3 Keadaan Disyariatkan Sujud Sahwi : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-3-keadaan-disyariatkan-sujud-sahwi/

– Matlamat yang Agung di Sebalik Pensyariatan Sujud Sahwi : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-matlamat-yang-agung-di-sebalik-pensyariatan-sujud-sahwi/

– Hukum Sujud Sahwi : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-hukum-sujud-sahwi/

– Sujud Sahwi Sebelum Salam atau Selepas Salam? : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-sujud-sahwi-sebelum-salam-atau-selepas-salam/

– Imam & Makmum Boleh Terus Bangkit Selepas Solat Tanpa Berzikir : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-imam-makmum-boleh-terus-bangkit-selepas-solat-tanpa-berzikir/

– Terlupa Tasyahhud Awal, Ketika Hendak Berdiri Baru Teringat : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-terlupa-tasyahhud-awal-ketika-hendak-berdiri-baru-teringat/

– Orang yang Sahwi dalam Sujud Sahwi : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-orang-yang-sahwi-dalam-sujud-sahwi/

– Dah Terlupa dalam Solat, Sujud Sahwi Pun Lupa Nak Buat : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-dah-terlupa-dalam-solat-sujud-sahwi-pun-lupa-nak-buat/

– Bacaan Ketika Sujud Sahwi & Sujud Tilawah : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-bacaan-ketika-sujud-sahwi-sujud-tilawah/

– Imam Solat Terlebih Rakaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-imam-solat-terlebih-rakaat-2/

– Wujudkah Doa Qunut dalam Solat Subuh? : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-wujudkah-doa-qunut-dalam-solat-subuh/

– Wujud 2 Jemaah Solat dalam Masa yang Sama : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-wujud-2-jemaah-solat-dalam-masa-yang-sama/

– Aktiviti Jual Beli di dalam Masjid : https://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-idris-sulaiman-aktiviti-jual-beli-di-dalam-masjid/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom