USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 51 – Bab Tasyahhud – Hadis No. 127-130

TARIKH : Selasa (12 Sya’ban 1435H / 10 Jun 2014)
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

١٢٧ – عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِيْ لَيْلَى قَالَ : لَقِيَنِيْ كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ فَقَالَ : أَلَا أُهْدِيْ لَكَ هَدِيَّةََ؟ إِنَّ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم خَرَجَ عَلَيْنَا فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَدْ عَلِمْنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ عَلَيْكَ، فَكَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ؟ فَقَالَ : قُوْلُوْا : اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدِِ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدِِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدُُ مَجِيْدُُ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدِِ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدِِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُُ مَجِيْدُُ.

127. Abdurrahman bin Abu Laila menuturkan bahawa Ka’ab bin Ujrah radhiyallahu ‘anhu bertemu dengan dirinya. Ka’ab lantas berkata, “Mahukah engkau ku berikan hadiah? Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertemu dengan kami. Lalu kami bertanya kepada baginda, ‘Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, lantas bagaimanakah cara mengucapkan selawat ke atasmu?’

Nabi berkata, “Katakanlah : Allahumma shalli ‘ala Muhammad… (Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau selawat ke atas Ibrahim beserta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim beserta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia).”

[HR. Bukhari dalam Ahaadis Al-Anbiyaa’ (6357)]

١٢٨ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَدْعُوْ فِيْ صَلَاتِهِ : اللهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

وَفِيْ لَفْظِِ لِمُسْلِمِِ : إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعِِ يَقُوْلُ : اللهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَهُ.

128. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika solat berdoa, “Allahumma inni a’uzubika.. (Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur, seksa neraka, ujian kehidupan dan kematian serta ujian Al-Masih Ad-Dajjal).”

Dalam lafaz Imam Muslim dikatakan, baginda bersabda, “Jika salah seoraqng di antara kalian bertasyahhud, maka hendaknya memohon perlindungan daripada Allah daripada empat perkara. Hendaknya dia mengucapkan, ‘Allahumma inni ‘auzubika… (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada seksa Jahannam).” Imam Muslim lantas menyebutkan seperti lafaz di atas.

[HR. Bukhari dalam Al-Janaaiz (1377), Muslim dalam Al-Masaajid (588)]

١٢٩ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِِو بْنِ الْعَاصِ، عَنْ أَبِيْ بَكْرِِ الصِّدِّيْقِ -رضي الله عنهم- أَنَّهُ قَالَ لِرَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : عَلِّمْنِي دُعَاءََ أَدْعُوْ بِهِ فِيْ صَلَاتِيْ، قَالَ : قُلْ : اللهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمََا كَثِيْرََا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةََ مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

129. Abdullah bin Amr Al-Ash meriwayatkan daripada Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhum bahawa Abu Bakar pernah berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ajarkanlah doa yang bisa aku ucapkan dalam solat.”

Nabi bersabda, “Ucapkanlah, ‘Allahumma inni zolamtu nafsi… (Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak berbuat zalim kepada diriku sendiri dan tidak ada yang bisa mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau. Oleh kerana itu, ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.)'”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (834), Muslim dalam Az-Zikr wad-Du’a (2705)]

١٣٠ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : مَا صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم صَلَاةََ بَعْدَ أَنْ نَزَلَتْ عَلَيْهِ (إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ) (النصر : ١) إِلَّا يَقُوْلُ فِيْهَا : سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِيْ.

وَفِيْ لَفْظِِ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَكْثُرُ أَنْ يَقُوْلَ فِيْ رُكُوعِهِ وَسُجُوْدِهِ : سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِيْ.

130. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa setelah turun ayat, “Jika pertolongan Allah telah datang serta kemenangan (An-Nasr: 1), Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah mengerjakan solat melainkan berdoa di dalamnya, “Subhaanakallahumma rabbana.. (Maha Suci Allah, Ya Allah Tuhan kami, aku memuji-Mu. Ya Allah, ampunilah aku).”

Dalam lafaz yang lain dikatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika rujuk dan sujud, baginda memperbanyakkan membaca doa, “Subhaanakallahumma rabbana… (Maha Suci Engkau, Ya Allah, Tuhan kami, aku memuji-Mu. Ya Allah, ampunilah aku).”

[HR. Bukhari dalam Tafsir Al-Quran (4968) di dalamnya terdapat lafaz Subhaanaka Rabbana wa bihamdika, Bukhari dalam Al-Azan (775)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-51/

SEGMEN PILIHAN

– Pengertian Selawat : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-pengertian-selawat/

– Perbezaan Bacaan Selawat pada Tasyahhud Awal & Tasyahhud Akhir : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-perbezaan-bacaan-selawat-pada-tasyahhud-awal-tasyahhud-akhir/

– Tambahan Lafaz “Sayyidina” dalam Selawat : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-tambahan-lafaz-sayyidina-dalam-selawat/

– Mencampur Adukkan Beberapa Riwayat Tasyahhud Dalam Satu Bacaan : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-mencampur-adukkan-beberapa-riwayat-tasyahhud-dalam-satu-bacaan/

– Wajib Hafal Doa Selepas Tasyahhud, Sebelum Salam : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-wajib-hafal-doa-selepas-tasyahhud-sebelum-salam/

– Salah Faham Ayat : “Fitnah Lebih Berat daripada Membunuh” : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-salah-faham-ayat-fitnah-lebih-berat-daripada-membunuh/

– Dianjurkan Berdoa Sebelum Salam, Bukan Selepas Salam (Dalam Solat) : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-dianjurkan-berdoa-sebelum-salam-bukan-selepas-salam-dalam-solat/

– Hukum Berdoa dalam Bahasa Melayu Ketika Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-hukum-berdoa-dalam-bahasa-melayu-ketika-solat/

– Masa Bila Perlu Mengangkat Tangan Ketika Berdoa? : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-masa-bila-perlu-mengangkat-tangan-ketika-berdoa/

– Perempuan Haid & Nifas Boleh Berdoa : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-perempuan-haid-nifas-boleh-berdoa/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom