USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 61 – Bab Solat Aidilfitri dan Aidiladha – Hadis No. 150-152

TARIKH : Selasa (23 Safar 1436H / 16 Disember 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٥٠ – عَنْ جُنْدُبِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِي رضي الله عنه قَالَ : صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَوْمَ النَّحْرِ، ثُمَّ ذَبَحَ وَقَالَ: مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذَبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللهِ.

150. Jundub bin Abdullah Al Bajali radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat pada hari raya Aidil Adha. Baginda lantas berkhutbah dan menyembelih (korban). Baginda bersabda, “Sesiapa yang terlanjur menyembelih sebelum solat (Aidil Adha), maka hendaklah dia menyembelih yang lain sebagai pengganti. Sesiapa yang belum menyembelih (korban), hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (985)]

١٥١ – عَنْ جَابِرِ رضي الله عنه قَالَ: شَهِدْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيْدِ، فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِلَا أَذَانِِ وَلَا إِقَامَةِِ، ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئََا عَلَى بِلَالِِ، فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللهِ تَعَالَى وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَصَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَرَهُنَّ فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ، فَإِنَّكُنَّ أَكْثَرُ حَطَبِ جَهَنَّمَ. فَقَامَتِ امْرَأَةُُ مِنْ سَطَةِ النِّسَاءِ، سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ، فَقَالَتْ: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ فَقَالَ: لَأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ، قَالَ: فَحَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ، يُلْقِيْنَ فِيْ ثَوْبِ بِلَالِِ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِيْمِهِنَّ.

151. Jabir radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa dirinya mengikuti solat (Eid) bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari Eid. Baginda mulai mengerjakan solat sebelum khutbah tanpa mengumandangkan azan dan iqamah. Baginda lantas bersandar pada Bilal. Baginda memerintahkan orang-orang agar bertakwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat kepada-Nya, memberikan nasihat dan mengingatkan mereka. Baginda lantas berjalan sehingga mendatangi jemaah wanita. Baginda pun memberikan nasihat dan mengingatkan mereka.

Nabi lantas bersabda, “Wahai sekalian wanita bersedekahlah, sesungguhnya kalian paling banyak yang menjadi kayu bakar neraka Jahannam.”

Salah seorang wanita yang berada di tengah kerumunan jemaah wanita lalu berdiri. Kedua pipi wanita tersebut tampak hitam. Wanita tersebut bertanya, “Kenapa wahai Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Kerana kalian banyak mengeluh dan mengingkari (kebaikan) suami.”

Jabit berkata, “Mereka lantas bersedekah dengan perhiasan mereka. Mereka melemparkan anting-anting dan cincin-cincin mereka pada pakaian Bilal.”

[HR. Bukhari dalam Solat Al-‘Aidain (4)]

١٥٢ – عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ -نُسَيْبَةَ الْأَنْصَارِيَّةِ- رضي الله عنها قَالَتْ: أَمَرَنَا -تَعْنِي النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم- أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيْدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُوْرِ، وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِيْنَ. وَفِيْ لَفْظِِ: كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيْدَ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيْرِهِمْ، وَيَدْعُوْنَ بِدُعَائِهِمْ، يَرْجُوْنَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ.

152. Ummu Athiyyah Nusaibah Al-Ansariyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami untuk mengeluarkan wanita-wanita muda dan gadis-gadis pingitan pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Baginda memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid menjauhi tempat solat kaum Muslimin.”

Dakan kafaz yang lain dikatakan, “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya Eid. Sampai-sampai kami juga diperintahkan untuk mengeluarkan gadis dari tempat pingitannya dan juga wanita-wanita yang haid. Mereka diletakkan di belakang jemaah lelaki sehingga bisa bertakbir bersama kaum lelaki, juga berdoa bersama mereka, mengharapkan berkah dan kesucian hari tersebut.”

[HR. Muslim dalam Solat Al-‘Aidain (11), Bukhari dalam Al-Jum’ah (971)]]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/12/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-61/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom