Screen Shot 2013-04-22 at 6.32.24 AM
“Syarhus Sunnah – Imam Al-Barbahari” – Siri 6 – No. 29 – 34
Penceramah : Ustaz Rasul bin Dahri
Tarikh : 15 April 2013 (Isnin)
Tempat : MEDIU, Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.

29. Wajib mendengar dan mentaati para pemimpin dalam perkara yang dicintai dan diredhai Allah dan orang yang memegang tampuk khilafah yang diangkat berdasarkan kesepakatan dan kerelaan seluruh umat, maka ia termasuk Amirul Mukminin.

30. Seseorang tidak boleh bermalam sementara ia tidak merasa memiliki imam, baik seorang imam yang adil ataupun zalim.

31. Haji dan berjihad bersama imam terus berlanjut dan boleh solat jemaah di belakang mereka dan setelah itu melakukan solat enam rakaat dengan cara salam setiap 2 rakaat sebagaimana pendapat Imam Ahmad bin Hambal

32. Manusia yang paling berhak memegang khilafah adalah keturunan Quraisy sampai Isa bin Maryam turun.

33. Sesiapa keluar dari imam yang muslim, maka ia termasuk kelompok Khawarij dan telah mematahkan tongkat kepimpinan kaum Muslimin serta menentang atsar. Apabila meninggal, maka ia mati dalam keadaan jahiliyah.

34. Tidak boleh mengangkat pedang memerangi pemimpin dan keluar dari mereka meskipun mereka sosok pemimpin yang jahat. Sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu ‘anhu :

اصبر وإن كان عبدا حبشيّا

“Bersabarlah meskipun (pemimpin itu) seorang hamba Habsyi”.

Dan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kaum Anshar :

اصبروا حتّى تلقوني على الحوض

“Bersabarlah hingga kalian menemui aku di Haudh (telaga)”.

Memerangi pemimpin itu tidak termasuk perbuatan sunnah, sebab yang demikian itu akan menimbulkan kerosakan dalam agama dan kehidupan dunia.

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=XiK5SgclHSM

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom