Ustaz Rasul Dahri - Syarhus Sunnah ( siri 8 )“Syarhus Sunnah – Imam al-Barbahari” – Siri 8 – No. 51-57
Penceramah : Ustaz Rasul bin Dahri

9 SEPTEMBER 2013 – ISNIN – Selepas Isyak
AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

51. Sesiapa mengaku telah melihat Rabbnya di perkampungan dunia, maka dia telah kafir terhadap Allah.

52. Berfikir tentang Dzat Allah merupakan perkara bid’ah berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

تفكّروا في الخلق ولا تفكّروا في الله

“Berfikirlah tentang ciptaan dan jangan berfikir tentang Allah”

Kerana berfikir tentang Allah akan menumbuhkan bibit keraguan di dalam hati.

53. Ketahuilah, bahawa seluruh makhluk yang mengganggu, binatang buas, dan seluruh haiwan melata serta serangga, seperti semut kecil, semut besar, dan lalat, semua di bawah perintah, tidak mengetahui sesuatu pun kecuali atas izin Allah subhanahu wa ta’ala.

54. Beriman bahawa Allah subhanahu wa ta’ala telah mengetahui segala yang telah terjadi dan belum terjadi sejak zaman azali. Segala sesuatu yang telah terjadi telah dihitung dan dijumlah secara rinci oleh Allah. Maka, sesiapa menyangka bahawa Allah tidak mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi, dia telah kafir terhadap Allah Yang Maha Agung.

55. Tidak sah pernikahan kecuali harus dengan seorang wali dan dua orang saksi yang adil serta mahar, baik sedikit atau banyak. Sesiapa tidak mendapatkan wali, maka pemimpin adalah wali bagi orang yang tidak memiliki wali.

56. Apabila seseorang telah menceraikan isterinya tiga kali, maka si isteri haram dan tidak halal baginya sehingga ia menikah dengan orang lain.

57. Seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, darahnya tidak halal kecuali dengan tiga perkara: berzina setelah menikah, keluar dari Islam setelah beriman, dan membunuh jiwa orang Mukmin (tanpa dasar kebenaran), maka dia harus dibunuh kerananya, dan selain itu darah seorang Muslim haram bagi Muslim yang lain (selama-lamanya) sehingga Hari Kiamat.

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=3AGbY4M7FU4

SEGMEN PILIHAN

– Hidup untuk Diuji : http://www.youtube.com/watch?v=8dPG9WlZLfI

– Jangan Berfikir tentang Dzat Allah : http://www.youtube.com/watch?v=umFUm6_YqNw

– Bahaya Orang Tinggalkan al-Quran & Hadis : http://www.youtube.com/watch?v=CX1mW19ejss

– Allah Memilih Nasib Kita : http://www.youtube.com/watch?v=PQqVfEKco_c

– Cina Buta – Nikah Tahlil : http://www.youtube.com/watch?v=VNRue-_uxkk

– Pembahagian Harta Sebelum Meninggal Dunia : http://www.youtube.com/watch?v=MTI_K4q2fS0

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom